Tuesday, June 05, 2007



rindueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee .....


Sukar untuk dibicarakan dengan seorang manusia yang punya jiwa.
Sukar untuk diluahkan seluruhnya, dilafazkan satu demi satu.
Sukar untuk difahami jika seseorang itu tidak mengalami.
Sukar untuk saya berterus terang, kerana saya rasa segan.


Mungkin ada yang cuba ingin mengerti.
Tapi saya pula yang tak ingin berkongsi.
Mungkin ada yang cuba meraih kepercayaan.
Tapi saya pula yang tak ingin memberi.


Sentiasa cuba menghindari sebuah rasa.
Menyimpannya jauh di sudut hati yang terdalam.
Tak layak rasanya diri ini, menganyam mimpi.
Wahai hati, mengapa mesti ada perasaan begini?


Kasihan kamu wahai hati
Tuan mu begitu kejam sekali
Menjauhkan kamu
Hanya kerana takut akan pedih luka

Hati, maafkanlah.
Aku sebenarnya ingin sekali
Meniupkan rasa bahagia pada mu
Tapi, bukan sekarang...

jiwang erk .... hehe rase hati kunun nyerr ..... :p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home